Tuesday, October 20, 2009

Mathematics Is Fun




Are you OK with this, Prof Bernard? -_-"

Photobucket

Sunday, October 18, 2009

Berganti Hati

Selamat datang cik oren ke dunia baru! Nanti kita mekap sampai comel ok? Hehe. Cik kelabu jangan susah hati. Jasamu dikenang, berkhidmat la sampai tua ye? Saya tetap sayang kamu walaupun kamu akan 'outstation' ke Bangi nanti.

Orang selalu cakap 'sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia'. Tapi tak rasa pun hati nakkan perubahan. Not my decision at all. Perlu ke semua ni? Apa kaitan perubahan dengan cik oren ni? Entah. Mungkin ni satu step lagi kot nak jadi orang besar? Haha. Ke ayah saja nak pujuk cik syahirah supaya tak givap; angkat bendera putih; berhenti dari UM. Macam yang ayah pesan, kita pandang ke depan bukan regret dengan benda-benda yang dah lepas. Haish. Serba salah kan bila kena jaga hati org tua kita. Banyak benda yang diorang dah sacrifice, tak mungkin terbalas kalau kita patuh semua pun. Isk isk -_-"


Dialog 1

Ayah: Nanti dah keja jangan lupa invest 20% dari gaji tiap-tiap bulan.. baru boleh hidup senang.
Anak: Oo.. ok. Faham. (hati baru berbunga-bunga nak melagho ada gaji nanti)

Dialog 2

Mak: Nanti hutang PTPTN tu bayaq la betoi-betoi ikut bulan. Jangan tangguh..
Anak: Tau.. takkan nak suruh ayah bayaq jugak.

Dialog 3

Ayah: Baguih jugak kalau beli rumah start keja nanti. Muda-muda dah ada aset
Anak: Ya la.. (gaji engineer starting berapa? @#!$% memberontak dalam hati)

Dialog 4

Ayah: Si oren bayaq sendiri tahun depan. Boleh?
Anak: Aaa? (mana nk korek duit)

Dialog 5

Mak: Nanti dah keja sponsor la mak pi jalan-jalan oversea. Tambang, shopping-shopping sikit pun jadila kan
Anak: Boleh sangat la tu mak. Balik oversea nanti tengok anak mak ni pakai daun buat baju, makan pasiaq (pasir)


Adeh. Jahat ke tak jahat anak pakcik Halim ni? Haha. Ampun~ Sabar ye mak ayah. Anakmu masih berusaha untuk yang terbaik ni. Sedang merencana masa depan. Tapi kan.. perlu ke jadi DEWASA? -_-"

Photobucket

Sunday, October 4, 2009

Demam Exam!



Yeay finally! Sampai jugak exam timetable ni. Rasa hati becampur-baur. Manis masin masam pedas pahit. Dup dap dup dap nak tidur malam. Takut-takut pun tak start study jugak. Esemen, projek banyak lagi tak complete. Ala abaikan. Jangan jadi baik sangat. Yang penting hidup mesti enjoy!~ Pengaruh syaiton ke ni? Haha.

Hadith Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Allah (swt) sangat suka (bahkan cinta) kepada seseorang kamu, apabila melakukannya dengan ketekunan dan kemahiran” Riwayat Al-Baihaqi


Bertaubat la cepat Cik Syahirah oi! :P


Photobucket

Friday, October 2, 2009

Selamat Hari Jadi, Ayah

Hari ni, 2 Oktober 2009, genap la usia ayah 50 tahun. Dah separuh abad tapi ayah maintain hensem lg kan? Hehe. Macam biasa la tak buat pun grand celebration. Just beli kek, sekeping kad wish untuk ayah. Ayah janji nak open table mlm ni. Dinner satu family ;)

Sempena sambutan jubli perak ayah ni (kot), esok ada buat open house raya. Yang dijemput saudara-mara, kawan-kawan ayah, jiran tetanga. Kawan-kawan sendiri tak dapat dijemput sebab esok ada kelas sampai malam. Tuan rumah pun tak dapat join. Sobs sobs. Maaf ye kamu semua :(




Selamat hari jadi ayah... Syahirah doakan ayah panjang umur dan dimurahkan rezeki... Syahirah sayangkan ayah, Syahirah janji takkan hampakan ayah... :)
Photobucket