Sunday, June 27, 2010

Lawatan Sekolah

Baru pulang dari technical visit to China. Sempat visit Beijing dengan Tianjin je pun. Half of the expenses disponsor oleh UM. Kalau tak jangan harap nak pergi sana sorang-sorang. Tenkiu ayah sponsor half lagi demi anakandamu ini. Jalan sakan macam dah graduate padahal... :P
Trip agak best. Boleh la bagi 6.5 dari 10. Cuma population Beijing + Tianjin yang agak tinggi menyebabkan ketidakselesaan kepada ahli rombongan saya. Beijing kalau tak silap lebih 20 million. Wuu. Sesak kan. Agak maju kalau nak dibandingkan dengan KL. Bangunan, transportation semua la advance sikit. Tapi macam mana pun, KL tetap di hati. Cewah. Makanan boleh telan 2 hari pertama je. Mana nak tahan perut asik sumbat dengan sayur je. Sekali makan ada la dalam 4 jenis hidangan sayur yang berbeza rasa. Jenis sayur tiap-tiap hari sama ok. Pening tour guide sebab 1 group demand sangat nak makan seafood la, ayam la dengan syarat sedap. Haha.
Part shopping pulak memang tak tinggal. Semangat yang amat sampai amik extra luggage time nak balik. Kalau tak kuat shopping bukan perempuan namanya kan? -_-" Barang agak murah. Tapi nak tawar-menawar tu memang la sangat meletihkan. Lagi letih dari lari pusing padang bola 20 kali! Hiperbola. Ada sorang member tu nak beli chinese calligraphy je kot tapi bargain sampai sejam. Rasanya trip ni 'technical visit' bukan 'shopping visit' kan? Duniawi.. -_-"











Next time la visit whole China. Cewah banyak duit kau. Tu pun kalau ada hati lagi la nak jejak sana kan... XD

Photobucket

Wednesday, June 16, 2010

BFF ♥

Yay. Seronok lah hari ni. Dating dengan Cik Amy a.k.a Dr Amy Suzanna Annuar. Jalan-jalan 2 orang je pun sebab yang lain dah bekerjaya, busy urus family dsb :P So, kitorang je la 'penganggur terhormat' yang masih menunggu 'pinangan' orang. Hehe. Longgg time since we last met kan. Kawan sampai bila-bila, dari kecik sampai jadi nenek orang in future ok? Next time wajib gath ramai-ramai open house raya pulak~ Plus kenduri raja sehari 1st Amanah'ians' :P


p/s: Rindu BBS. Kenangan lama, kawan lama, sekolah lama, scandal lama :P
Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

Kenapa Saya Suka Kanak-Kanak?

Entahlah. Semenjak 2 menjak ni ter'suka' la pulak kan. Taktau apa sebab-musababnya. Betul ke tatabahasa? =)) Tapi tengok keadaan jugak. Haruslah cute, banyak cakap dan tak kuat meragam. Kalau asik menangis rasa nak tampor je :P Mungkin baru dapat petunjuk kot lepas balik kampung last weekend yang kanak-kanak tu sangat best sebenarnya? Haha.


Aha.. Ni Inesa, cousin paling kecik sebelah mak. Kalau tak silap tahun ni darjah 2 dah. Manja banyak sebab dari zaman baby dulu wajib mintak dodoi + lullaby sebelum zzz. Kecik dulu rajin la Kak Syahirah layan kan. Dah besaq ni sorry dik. Direct je sound suruh tutup mata. Takmau tidoq kamu punya pasal. Haha :P Tak baik ah buli kanak-kanak. Balik Penang memang kena layan budak ni sembang 24 jam. Yang paling best dia mintak tolong ajar homework. Nak eja kura-kura in English. Tapi dia sungguh-sunguh takmau percaya yang kura-kura tu tortoise! Nak jugak sebut trotoise. Alih-alih dia pulun tawaf 1 rumah nak tanya kat semua orang kura-kura tu tortoise ke trotoise? =))

Lagi sorang si kecik Nurin Nabila. Ni anak saudara sebelah ayah kat Kedah. Chubby+petah cakap. Baru 3 tahun je pun tapi macam dah tahu semua benda. Kagum. I like~ Sayangnya tak sempat ambik gambar sebab dia kalut nak balik cari mama dia. Rasa macam nak kidnap lah bawak balik Sg Buloh :P

Seronok jugak eh main dengan kanak-kanak. Jadi cikgu tadika pun ok kan? Dulu Cik Syahirah ni berlagak tau adik-adik. Dia mengaku kat kawan-kawan yang dia tak suka budak-budak. Anti la, bising la, rimas la apa bagai. Dapat title 'mamadorm' tu pun sebab diorang cakap dia muka ala-ala keibuan. So, terpaksa jadi mama dalam dorm tu. Haha! Sendiri rasa nak muntah. Panggil macam mana pun, Cik Syahirah memang elegik dengan kanak-kanak. Sekarang dah lembut hati ke? Kena sumpahan kawan-kawan? Takla. Teringin nak jadi kanak-kanak balik je kot.. -_-"

Dialog dulu-dulu..

Cik Syahirah: Eish.. Bising la anak jiran ni. Mak dia pi mana takmau jaga anak ka..

Mak: Macam la hang dulu-dulu kecik tak 'teriyak'..

*teriyak tu menangis ok. macam ni :((


Psst.. Jum beradu. Esok dating dengan Cik Amy :)
Photobucket

Tag Daripada ADIK

Aha.. Tag daripada 'Adik' Saleh. Sesungguhnya beta malas nak gerakkan jari buat tag-tag ni. Buat je la kan sebab kesian dia dah struggle tag semua orang. Haha. Tapi 1st task tu skip dulu la ye. Otak tak dapat nak berfungsi mengarang story-mory yang best. Cewah :P


Tag 2:

It's harder than it looks
Copy to your own notes
Erase my answer
Enter yours and tag twenty (20) people
Use the first letter of your name to answer each of the following question..
They have to be real nothing made up
If the person before you have same first initial, you must use different answer..
You cannot use any words twice and you can't use your name for the boy/girl name question..


*Huruf sama macam 'Adik' Saleh pulak kan. Nak copy jawapan boleh? =))

S:

What is your name: Syahirah
A four letter word: Sing
A boy's name: Syafiq
A girl's name: Syafiqah
An occupation: Stewardess
A colour: Saffron
Something u wear: Shoes
A food: Smoked salmon
Something found in the bathroom: Shower gel
A place: Switzerland
A reason to be late: Stuck in traffic jam..
Something you shout: Sudahla!
A movie title: She's All That
A musical group: Silverchair
An animal: Squirrel
A street name: Scotland Road, Penang


Tag 3:

1) apa yang bermain di fikiran you all sekarang?
21st June,
research, dating :P

2) apakah nama samaran you all?
haryhays, mIsS_syA, sya, syera, ira

3) berikan 3 orang you all syg:
3 je? Lebih boleh tak? Si Dia 1, Si Dia 2, Si Dia 3.

4) panggilan untuk si dia:
mot? mot sar?

5) hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa:
Gimme an Audi. Then only I'll accept your proposal. Haha. JK! =))

6) blog mana yang you all suka visit:
Tengok sendiri kat blog list ok?

7) tag kan kepada 15org blogger yang you all rasa menarik:
Owh.. Nantilah!


Next time sambung 1st tag pulak ye. Next time la jugak tag insan-insan yang bertuah. Nak buat silakan. Takmau sudah. Tak dapat extra income pun. Ikhlas tu penting :P

Peace no war :P
Photobucket

Thursday, June 3, 2010

Dah Boleh Senyum :)

Alhamdulillah syukur nikmat. Malaysia maju rakyat selamat~ Result semester 2 2009/2010 sudah released. Output? Sengih je la macam kerang busuk. Yang penting comel :P
Dah mampu bertenang. Selesai sudah saat-saat getir. Say no to exams! Yahuu. Boleh la kahwin start mimpi nak sambung belajar lagi ke terus godek-godek resume cari kerja. Haha. Ni yang paling malas ni bila nak kena wat decision. Cewah. Poyo poyo poyo. Padahal thesis tak buat pun lg! :P
A million thanks untuk semua yang selalu ada di sisi time susah mahupun senang. Terima kasih. Jasamu dikenang. anda semua... ;)


Meh main teka-teki. Fill in the blanks. Sapa betul semua, dapat hadiah exclusive. Dating dengan Cik Syahirah sehari semalam. Mau ka? =))


p/s: LB1 tu apa ye? Lulus bersyarat ke? Syarat apa?? -_-"
Photobucket

Wednesday, June 2, 2010

Anda Berminat?

Atas permintaan hangat, Cik Syahirah telah bersetuju untuk menerima tawaran part time job. Boleh la letak dalam resume nanti eh?

Tadaa~ Ejen cari jodoh. Serius ok serius. Benda macam ni tak boleh buat main-main tau =)) So kepada sesiapa yang berminat boleh la kirimkan penyertaan anda melalui email ataupun pos aje terus ke rumah saya. Jangan lupa sertakan sekali butir-butir diri, gambar paling hensem@jelita, ciri-ciri pasangan idaman anda. Additional info pun ok. Sebarang pertanyaan sila ajukan menerusi email. SMS pun boleh (bergantung kepada baki kredit). Malu bertanya sesat jalan ok? Hanya penyertaan yang lengkap dan menunjukkan kesungguhan sahaja akan dilayan. Dijamin 100% kepuasan. Jangan biarkan diri anda diselubungi.. kesepian~


p/s: jangan tanya kenapa dan mengapa =))
Photobucket