Wednesday, April 28, 2010

I dislike long-distance-relationship. How to survive and make it work? =))


psstt.. kan best kalau orang macam Adam @ Adamaya tu wujud.. mustahil ke? :D

Photobucket

Friday, April 23, 2010

Masihkah Kau Ingat

Dulu...

1- Bangun pagi kat kampung, kami selalu bertenggek kat tangga sambil tunggu giliran nak mandi. Tok selalu pesan kat kami, "Suka sangat bertenggek kat tangga, satgi takdak sapa nak mai meminang" Gelak besar la kami tiap-tiap kali nak mandi...

2- Bila balik kampung, macam-macam makanan sedap Tok masak untuk kami. Yang wajib ada daging bakar cicah dengan air asam. Kalau tak balik, memang takkan pernah kenal la emping pedas tu apa. Sedap kan :)

3- Bila Tok datang rumah, dia buatkan kami 'itik'. Kami berebut nak simpan 'itik' comel tu padahal ianya hanyalah sebijik durian yang diukir menjadi 'itik' :D

4- Tok selalu ajar kami petua orang tua. Macam mana nak bagi rambut cantik, nak bersihkan muka, dsb. Tapi kami tak pernah ambik peduli pun sebab kecik-kecik mana tahu apa tu cantik. Hehe. Tapi kami suka sebab Tok selalu pakaikan inai untuk kami. Ayah memang anti bab gurlish ni maka kalau dia marah sebab kami pakai inai, Tok jugak la yang tolong backup :D


Tapi tu dulu. Sekarang tak lagi. Rindu lah. :)


Say goodbye to the old days
Welcome in the new one :o)

Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

Bermalas-malasan

Kenapa kalau rasa tertekan, kita lebih cenderung untuk


http://emo.huhiho.com
makan

http://emo.huhiho.com
tidur

http://emo.huhiho.com
termenung


Jangan sedih. Mari menari hiburkan hati~

http://emo.huhiho.com
Photobucket

Saturday, April 17, 2010

Hari Minggu

Hari ni saya dengan adik-adik keluar merayap mencari ilham sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Mentang-mentang la kelas untuk hari Sabtu dah habis..

Seblum kejadian: Posing muka gatal. Haha :P

Malangnya ice cream idaman habis. Sobs3.. T_T

Makan ice cream sampai abang Krispy Kreme terliur =))

Aliah vs. Atiqah

Jalan-jalan, makan, tengok muvi merupakan aktiviti yang sangat bosan. Haha. Layan je la eh sebab duduk kat rumah pun lagi bosan :P

Skodeng kejap model tengah make up untuk fashion show

"Hmm..layak tak aku jadi model nih eh?" Hahaha =))

Atiqah telah diberi mandat untuk memilih muvi kegemaran beliau dan hasilnya tadaaa~ "Ice Kacang Puppy Love"! Psst.. Dia minat cerita jiwang SAHAJA okay? Haha. Panjang sangat tajuk cukupla sebut ABC je. Cerita Mandarin tapi not bad la berbaloi kiranya 12 hinggit tu. Ikan pelaga n mak dia sangat cantik. I like :">

Air Batu Campur Cinta Monyet -_-"

Sebelum pulang membuncitkan perut dulu kat Mr. Teepanyaki. Eja macam mana pun boleh la asalkan kenyang...

Chicken Don yang boleh tambahkan berat 10kg lagi :D

Itu sahaja. Kthxbai :)
Photobucket

Friday, April 16, 2010

Awak dan Saya


Kalau saya buat muka, awak hilangkan jadi ceria..
Kalau saya terluka, awak juga carikan plasternya..
Kalau saya merajuk, awak tak lupa memujuk..
Kalau saya mengata, awak puji dengan ikhlasnya..
Kalau saya cerewet sungguh, awak tak pernah mengeluh..
Kalau saya rasa kecewa, awak kurangkan dengan jenaka..
Kalau saya marah, awak selalu mengalah..
Kalau saya bosan, awak setia sebagai peneman..
Kalau saya terjatuh, awak tolong bersungguh-sungguh..
Kalau saya hilang pedoman, awak pimpin dengan senyuman..


Walau apapun yang akan terjadi, Awak buat Saya bahagia. Terima kasih :)


p/s: entry ini untuk semua yang istimewa dalam hidupku =))
Photobucket

Thursday, April 15, 2010

Saya Warganegara Malaysia

Di suatu petang yang nyaman dihiasi kicauan burung yang mendamaikan...


Makcik M : Hai..Riuh rumah petang ni..Ada tetamu ka?
Makcik A : Taklah..Budak-budak ni ha..Mak nye dah pi hospital tadi..
Makcik M : Oo..Patutla nampak macam kalut tadi..Sapa duk basuh kereta tu?
Makcik A : Syahirah la ni. Dari semalam nak basuh tak jadi-jadi..
Makcik M : La..Syahirah ka..Pakai topi saya ingat orang Indon mana la datang cuci rumah tadi..


Huargh!!! Marahnya la hai! Kalau tak silap haritu husband dia pun panggil saya BIBIK. Walaupun tak cung tapi jangan la sampai panggil macam tu. Kecik hati I tau~ Nanti la pakcik n makcik. Grr. Saya simpan dendam ni sampai mati! Hahahaha =))
Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

Zaman Kita :)

Jum layan katun zaman 90an ni. Ingat lagi tak? Katun yang selalu keluar kat TV Pendidikan. Tak pun TV 2. Bila tengok balik sekarang baru perasan sangat lawak. Nostalgia macam balik zaman sekolah.. =))









"Kesian ye. Empat hari tak makan" - Sang Kancil

"Kurang asam! Siapa membuang kulit durian di sana-sini. Pakailah tong sampah!" - Sang Buaya


Haha. Lucu! Manja sungguh kancil panggil buaya. Sang Buaya~ Sang Buaya~ =))
Photobucket

Thursday, April 8, 2010

Senyumlah Dari Hati Yang Ikhlas ツ

Tidak salah untuk menzahirkan sedikit pujian kepada mereka yang kita sayangi. Hargai setiap detik yang ada, dalam suka mahupun duka. Dan jangan sekali-kali membenci mereka yang berbuat jahat kepadamu. Balaslah ia dengan cinta dan kasih. Kadang-kadang kita tidak sedar, sesuatu yang kita tidak suka itulah yang sebenarnya kita teramat perlukan..


Gambar tema untuk entry ni =))


Warnailah hidupmu dengan kasih sayang! :)

p/s: assignment bersepah tapi sempat lagi main. melukis baik untuk mengurangkan tekanan! =))
Photobucket

Friday, April 2, 2010

Keabadian Cinta

Psstt.. Ni bukan post jiwang ye. Baru tengok cerita ni semalam. Bukan muvi pun tapi lebih macam telemuvi kot sebab duration 90 mins je. Keabadian Cinta by Khabir Bhatia. Actually cerita ni dulu kat Astro Citra tapi sebab tak subscribe terpaksa la download je kan. Drama yang agak simple dan sangat sweet okay. Macam genre romance tapi tak rasa jiwang sangat pun? Dari awal rasa lawak je, gelak memanjang.

Antara 3 kisah dalam drama ni, part orang buta dengan orang pekak yang paling best! Touching okay kalau nak banding dengan 2 kisah lagi. Sedih sebab macam-macam cabaran orang pekak nak kenal orang buta. Yela. Macam mana nak communicate? Nak seribu daya, taknak seribu dalih kan? :)

Kalau tak tengok lagi sila la tengok sendiri ye. Tak rugi pun sebab memang best. Ada unsur-unsur sedih, happy, pengorbanan, kekeluargaan. Macam kisah kehidupan yang sebenar.. :)





"Cinta tak perlukan mata.. tak perlukan telinga.. cinta cuma perlukan hati.."

Auw~

*PENGSAN*

Haha :P

p/s: saya mahu love letter jugak!
Photobucket

Thursday, April 1, 2010

Tak Tahu

...:: Pantun lima kerat ::...

Esok pagi appointment dengan mereka...
Sampai sekarang masih tak lelap mata...
Tidur tak tentu masa bangun tak tentu hala...
Kerja tak siap termenung bersahaja...
Bila sakit kau juga yang merana...


What's wrong with you, cik adik? Angau ke? -_-"

Psst. Tak lama lagi anda bolehlah beramah mesra dengan cik adik di Hospital Bahagia.
Bai for now!


p/s : Pretty tidur comel gila! Alas kepala dengan bantal sambil peluk Garfield. Cute :)

The painkiller is killing me. Everything. T_T
Photobucket