Saturday, November 5, 2011

Raya Ke?

Malam raya ni semua orang sebuk update fesbuk dengan gambar rendang ketupat bagai. Status pun semua nampak sedap sebab keluar segala jenis nama makanan yang diorang dah masak kat rumah tu. Dari local cuisine sampai la ke western, eastern, northern, southern. Err? Pendek kata memang meriah la malam ni. Jiran belakang ni pun tengah sebuk pang pung pang tumis bawang nak masak la agaknya kan. Mercun pun tak menyempat orang nak habis takbir tadi dah sebuk nak bunyi. 


Tapi.. Ada jugak insan yang tak berdaya nak senyum malam raya ni. Ini kerna insan tersebut...

-Berada dalam keadaan kesihatan mental dan fizikal yang kurang memuaskan. Maka kuranglah nafsu beliau untuk berfoya-foya pada hari raya kali ini...


Dan yang paling penting, insan tersebut...

-Terpaksa struggle siapkan proposal yang dah nak basi sebab dah janji nak submit kat supervisor latest by next week...


Amekaw! Beraya la dalam kesengsaraan. Haha. Terlajak perahu boleh u-turn, terlajak berjanji tak raya la kak oii =))


Salam Aidiladha :)

Wednesday, October 5, 2011

2nd Convocation

Alhamdullillah. Tercapai jugak hasrat kami nak grad tahun ni. Tak sia-sia Kak Wani merangkap sifu  4.0/4.0 reka moto batch "demi segulung sarjana." Tambah sikit semangat nak pulun bagi setel thesis tu. Hihi. Ribu-ribu lemon penghargaan untuk family, encik vvip, kawan-kawan, lecturer, staf UM, classmate, coursemate, roommate. Eh? Roommate wujud ke? -_-" 

Terima kasih semua! 


Kalau orang tanya nak buat apa lepas ni? InsyaAllah teruskan saja agenda. Tolong doakan Cik Syahirah  :)

Wednesday, July 13, 2011

Together-gether Hepi ツ



Selamat pengantin baru Sanna. Dua bff taken oledi. Tinggal dua lagi yang 'bongsu'. Hehe..
Pejam celik pejam celik tak sangka kami dah membesar!~ Rasa macam baru je ronda-ronda naik beskal sama-sama dulu :D




Kita kawan sampai bila-bila  :)

Tuesday, July 5, 2011

Grow Old With You


Dear Awesome 'Birthday Man',




Let's grow old together. I U soooo muchys! :P






Wednesday, March 23, 2011

Info Trafik

Ini merupakan satu lagi update basi yang dah disimpan berkurun-kurun malahan berkepam-kepam lamanya. Aktiviti cuti sekolah yang lepas. Kanak-kanak sekolah? Hari-hari pun cuti daa..

Alkisahnya Cik Syahirah dan rakan sekuliah, Cik Fazira balik kampung tanam jagung attend kenduri Puan Sarah. Chinese New Year hari tu nikah je. Ni baru majlis kesyukuran. Plan nak serbu kenduri belah perempuan je kat Pendang. Tapi entah kaki gatal sangat nak jalan sampai nun ke Sik rumah pengantin lelaki. Jakun first time sampai Sik. Eksaited ni google map cari Sik tu kat mana. Patut la nampak sign bomoh siam, kedai tomyam siam bagai. Rupanya dekat jugak dengan sempadan. Walhal anak kelahiran Kedah. Buat malu kaum kan :">

Gerak Sabtu petang, Ahad malam dah sampai Sungai Buloh. Oyen memang jalan jauh sungguh kali ni. Sungai Buloh > Sungai Petani > Pendang > Sik > Alor Setar > Sungai Dua > Sungai Buloh. Banyak tak sungai? Haha. Oh ye. Sungai Petani tu tempat kami stay malam Sabtu. Aloq Setaq tu pulak kami minum milo gossip dengan member Cik Fazira. N Sungai Dua tu semestinya kampung halaman I la. Mai la singgah makan char kuay tiow telur dibasuh dengan mee udang dulu. Haha. Ini tipu. Kami diet, tak makan pun XD

Tengok gambaq sat :D


Singgahsana kat Sungai Petani. Last min booking, tempat lain penuh. Baru tau kewujudan hotel ni. Not bad puas hati dengan harga berpatutan. Ada Al-Quran, telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat. Interior design pun cantik macam ala-ala timur tengah sikit. Like! :D


Sempat lagi menyemak kat butik pengantin tempat Sarah mekap. Hihi. Teringin nak jadi mak andam ke? :D


Ha. Ni Cik Fazira orang penting merangkap official photog untuk Puan Sarah. Besaq kan camera dia. Patah tulang cheq angkat :D


Sebelum: Boyish XD


Selepas: Gadis ayu :P


Ini twin Puan Sarah. Sama tapi tak serupa a.k.a kembar tak berapa nak seiras :D


First time ni masuk kebun getah! Kunun-kunun outdoor session. Tiga serangkai, sekuntum dah dipetik kumbang. Dua lg available. Meh isi borang XD



Selamat pengantin baru untuk Sarah n husband. Semoga berbahagia sampai ke syurga~ :)

Tak sabaq tunggu dia balik from hanimun. Cuak sebab nak kena assist student UTEM yang anonymous (taktau nama apa) buat fyp. Adehla. Ilmu ku yang cetek + tak mantap ini mampukah memuaskan hati insan tersebut berserta SV beliau. Sobs3. Kalau ada Puan Sarah boleh ajak dia sekali goreng pasal projek tu :(
You know Cik Syahirah kan. Dengan orang yang tak berapa kenal kurang mesra alam sikit. Lagi la kalau nak blind date jumpa anonymous muka ke muka diskas itu ini bla bla bla. Terkedu terkesima nyah. Harap-harap la dia...














'Kachak'



*Muka miang* Haha! Just kidding :P


Semoga semuanya O.K! Doa banyak-banyak :D

Monday, February 28, 2011

Kuat Berangan

Pura-pura khusyuk baca tech paper tadi. Tiba-tiba terperasan benda ni...



Zoom lagi sikit...


Bengang wei baca paper ni! Susah bangat!! Haha. Mati la kena saman dengan author paper ni nanti. Sorry bos. JK :P

Kek Lagi!

Uh. Lama sungguh rasa tak update blog ni. Malas dah nak tulih kisah-kisah merepek. Syok lagi jalan-jalan stalk blog orang lain. Tak payah susah-susah nak perah otak :D
So hari ni gatal-gatal sikit nak tukar konsep jadi 'makan-makan' blog. Semalam ayah cakap teringin nak makan kek, maka hari ni Cik Syahirah buat jadi rajin sikit godek-godek mixer. Kami adik beradik suka kek coklat tapi ayah anti kek yang hitam-hitam nih. Topping fancy-fancy pun ayah kureng sikit. Laki dengan pempuan tak sama, serupa pun tak. So buat kek butter je la. Yang kaler kuning tuh. Dengan berkecil hatinya nak tunjuk output kek tersebut kat sini. Hehe. Kek simple je pun show off la kau ni Syahirah =))
Hasilnya tadaa~




Kalau nak rasa, buat la. Nah resepi kompem sedap :P

Kek Butter

312g butter
1,1/4 castor sugar
5 biji telur (ayam bukan itik)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu tepung
2,1/2 cawan self raising flour
1 sudu teh baking powder

1. Pukul butter+gula sampai jadi gebu. Err. Dalam erti kata lain sampai nampak macam creamy -_-"
2. Masukkan putih telur dalam adunan tadi. Sebijik-sebijik ye pukul dalam tu sampai gebu. Lagi lama lagi elok.
3. Masuk kuning telur pulak. Sama jugak pukul sebijik-sebijik sampai gebu.
4. Masuk esen vanilla+susu tepung dalam adunan. Kacau sampai sebati, bukan gebu :P
5. Masuk self raising flour+baking powder dalam adunan tadi. Pukul kejap sampai sebati. Jangan lama sangat takut nanti kek jadi leper. Sememeh je kek tu nanti :|
5. Tuang adunan dalam acuan kek. Tepuk dada tanya selera nak acuan bentuk apa asalkan muat :P
6. Bakar kek dalam oven 40mins, suhu 160 degree.
7. Kalau nak hias pun boleh. Silakan~

Simple kan? Tak sampai setengah jam dah siap adun semua. Kalau agak-agak malas nak buat tu meh la order. Tak mahal pun RM20 je. Murah kan? Tapi dapat separuh je la :P
Next time resepi kek lain pulak. Tunggu~ :D

Monday, January 3, 2011




I'll tell you everyday. So please listen carefully...





I ♥ U


:D




p/s: letih lah orang asik tanya "bila kakak nak kawen?". "nasik minyak mane?" "when nak tie the knot?" zzz. bak sini tali rafia dulu baru bole ikat......
kalau jodoh panjang, kami nak kasik can dulu kat orang lain. perlu stabilkan diri sendiri dulu baru boleh pikir jauh-jauh. nak tarikh cantik jugak macam 111111. tak pun 121212. tunggu la jadi kenyataan ke tak. kalau tak jadi tunggu 131313 boleh ke? 141414? =))