Monday, May 31, 2010

Pretty!

Sedikit update tentang tumbesaran Pretty =))

Pretty dulu kurus =))

Pretty sekarang makin kurus? =))








Hidung pun makin membesar
Photobucket

Tunangan Orang

Tahniah Cik Sarah dan tunangnya Encik Cujan kerana telah selamat mendirikan surau. Cik Fazira cakap surau dulu sebelum masjid =)) 3 hari balik Kedah. Sg Buloh - Sg Dua - Gurun - Guar Cempedak - Jenun - Shah Alam - Sg Buloh. Hehe. First time sampai area sebelah Gurun :D Jum tengok gambar...


Sedap! :D

Buah nampak kilat :D

Cik Sarah cun :D

3 sekawan :D

Syahirah! :D

Twin Cik Sarah :D

Oyen first time balik kampung :D

Eksperimen Cik Sarah :D

Baby tomei :D


Best! Asik terhidang je makanan. First time dapat merasa gulai batang pisang. Nyum nyum. Tunggu nasik minyak Cik Sarah tahun depan. Cik Fazira dengan Cik Syahirah bila pulak? =))
Photobucket

Sunday, May 30, 2010

Hijau Kuning

Hai. Baru pulang dari lonnnggg vacation nun jauh ke utara sana. Vacation la sangat. Long pun tak sangat. Padahal sama jauh macam balik kampung je pun. Haha. Letih, letih dan letih lagi. Selalu jadi penumpang tidoq je kat belakang. Nah sekarang rasakan anak Pakcik Halim. Bak kata Aliah dan Atiqah yang mulut tak berinsurance tu, 'Kak E'ah kena la practice jadi supir kita sekarang kan!' -_-"
Tapi kesimpulannya, balik kampung kali ni memang best. Walaupun bukan dengan family. Banyak jugak kenal benda, tempat baru. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta? Hehe :P Jum beradu dulu. Esok la kita tengok gambar yg berkenaan. Selamat malam! :D
Photobucket

Wednesday, May 26, 2010

Pisang Emas Dibawa Belayar..

Haa.. Entry kali ni sempena kesuksesan first attempt membuat kek pisang! Lama dah semangat nak buat tapi sebab bizi yang kemelampauan sebelum ni, ditangguhkan sampai la hari ni. Agak mudah nak buat compare dengan kek lain kot. Curah-curah masuk je semua bahan~ Yang penting rasa pisang dan bukan rasa strawberry. Penting jugak kek tu naik ke atas dan bukan leper ke bawah.. Boleh la buat bisnes ni kan? =))

Oh ye. I asked mak, boleh tak buat kek pisang guna perisa pisang? Guess what? Haha~ =P

Sebelum dibakar =))

Semasa dibakar =))

Setelah dibakar =))

Gambar memang tak berseni langsung. Haha. Tiada gambar pengakhiran setelah kek dihias dengan krim yogurt. Jum makan ^_^
Photobucket

Tuesday, May 25, 2010

I'm A Big Big Girl In A Big Big World

Apa ni? Apa ni?? =))

Will be going back to my hometown this coming Friday. For good. Perhaps. Maybe. Definitely. Yabedabedu~ =))
Photobucket

Friday, May 21, 2010

Lega Tahap Langit ke Tujuh! :D

Finally, berakhir sudah hectic week yang sangat menguji kesabaran mental dan fizikal. 1 project report, 1 assignment report kena submit pada masa yang sama. Presentation lagi. Hasil kerja agak cincai boncai kerana masa tidur lebih penting dari buat assignment dan projek ok :P

Tapi syukur Alhamdulillah sebab project simulation berjaya pada saat-saat akhir. Puas hati tengok Dr. Salleh senyum. Tapi tu tak bermaksud A dalam tangan! Haha. U hope u hope =))
Bak kata Sam, gred A B C D tu tak penting. Yang penting ilmu yang kita dapat tu bermanfaat~ Betul tak adik-adik? :)

Selesai presentation tadi maka secara rasminya dah berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan coursework mode. Tak perlu meraung lagi sebab kena pergi kelas Sabtu & Ahad. Tinggal dissertation mode untuk satu semester lagi. Selamat merajinkan diri buat research Cik Syahirah. Tapi apa pun, let's reward yourself. Percutian 5 hari 4 malam ke bulan berserta pakej jalan-jalan cari bintang. Sabar ye, bulan 6 tak lari pun =))

Kakak-kakak dan abang-abang :D

Khusyuk la! :D

Terima kasih Dr Salleh :)
Photobucket

Wednesday, May 12, 2010

Terkedu Sebentar

Hai. Sesungguhnya saya sangat emo dengan seorang insan sampai rasa nak bagi penampar sedas kat muka dia. Memang kurang sopan tapi saya sangat geram! Walaupun saya tahu dia takkan baca ini, tapi tak kisah la. Asal puas hati?

Ke hadapan Encik Terhebat yang dihormati.

Saya tahu kamu serba boleh dalam segala bidang yang kamu ceburi. Kamu dah graduate, ada kerjaya yang bagus, aset-aset yang kamu idam-idamkan. Keluarga pun disegani, dihormati. Segalanya cukup lengkap. Siapalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan kamu. Saya sedar di mana saya berdiri, di mana kemampuan saya, dan saya cukup tahu kelemahan diri sendiri. Tapi saya pun ada hati dan perasaan. Tak perlu rasanya kamu memperkecilkan kebolehan orang lain. Saya ada cara tersendiri. Memadai la kamu tahu semua tu, tak perlu la nak mengomel, mengomen dan sebagainya. Saya bahagia menjadi diri saya. Kamu faham saya ke? Tak mungkin. Saya tak pernah ambil kisah apa kamu buat, jauh sekali nak pertikaikan kebolehan kamu. Berhentilah wahai Encik Terhebat. Saya tak kisah kalau kamu bukan kawan saya. Sebab saya ada ramai lagi kawan yang lebih bagus dan memahami. Terima kasih. :)

Dear Encik Terhebat. Marilah bermain bola jaring dengan saya untuk membuktikan siapa lebih hebat. Tak pun main batu seremban? Haha. Kamu ingat saya lembik sangat ke? Huh. Saya tak la gurlish mana kan. Siapa kata saya tak boleh buat apa yang kamu mampu buat? :D
Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Lovin It! ツ

Almost Lover - A Fine Frenzy :)



Secrets - One Republic :)


Cry Me Out - Pixie Lott :)


Photobucket

Mak!

Happy 53rd birthday untuk mak yang tercinta, Pn. Noraini Ismail a.k.a Mrs. Abd Halim. Hehe. Kami sayang mak sangat-sangat walaupun kami selalu buat mak naik darah. Terima kasih sebab mak selalu bagi kami makan sedap-sedap sampai kami lagi gemuk daripada mak -_-" Hadiah tahun ni yang paling special, mak kena jaga ayah sampai baik demam ok. Mungkin makan special malam ni? :P

Kiri mak, kanan ayah tau :P

Percaya kan anak lagi gemuk drpd mak? :P


HAPPY 53rd BIRTHDAY! :)
Photobucket

Sunday, May 9, 2010

Ladang Spaghetti

Hari ni lepas paper Power Quality, saya dan kakak-kakak memanjangkan kaki ke Mid Valley untuk menghilangkan kekecewaan setelah semua yang digoreng untuk paper tersebut tidak menjadi seperti yang diidamkan. Pendek kata, hangus la! Habis paper terus pecut sebab masing-masing kelaparan macam baby baru keluar dari perut ibunya. Ha? Berfoya-foya bagaikan sudah tidak lagi perlu memandang mahupun menjeling ke arah nota-nota ilmiah. Walhal minggu depan ada 1 lagi paper. Project Management for Dummies Ingenieur. Management je kan? Tutup mata pun boleh dapat 100%. Haha. Berlagak la kau Syahirah! :P

Mari saksikan keterujaan kami menikmati hidangan di Ladang Spaghetti a.k.a The Spaghetti Farm atau nama galmournya TSF...


Spaghetti bebola daging lembu

Spaghetti lada hitam + keju

Spaghetti bolognese lembu

Artis UM: Ct Sarah & Erra Fazira :P

Meh nak suap? Aum~ :P


Value meal RM 12.50 boleh dapat 1 spaghetti, 1 mushroom soup dan 1 soft drink. Sangat mengenyangkan. Berbaloi tak? Tapi rasa makanan agak kurang kot :D
Photobucket

Thursday, May 6, 2010

Pelangi Cantik :)

Semalam Sarah tanya...


"Kenapa pelangi tu kita nampak separuh je? Takkan nampak penuh?"


Sebab apa ye? Sebab bumi bentuk sfera kot. Kalau nampak penuh maksudnya bumi ni rata? Haha. Entahlah. Tapi sekarang saya pun nak tanya...


"Kenapa la saya rasa sekarang ni hidup dipenuhi panas terik, hujan, mendung. Bila nak dapat pelangi yang cantik ni?"


Tolonglah jawab :)


Photobucket

Wednesday, May 5, 2010

Typoku Typomu Jua

Pernah tak anda mengalami situasi begini? Tak kisah la time tengah YM ke, Skype ke, Gtalk ke, MSN (bukan Majlis Sukan Negara) ke, mahupun Sistem Mesej Singkat (SMS)?

Situasi 1

Cik Jelita: I dah jadi kwn dengan Mr. Macho. *muka berseri-seri*
Cik Cantik: OMG! What? U dah jadi kawin dengan that guy? Seriously??
Cik Jelita: Come on. I dah jadi kawan dalam Facebook lah..
Cik Cantik: *blushing*

Ataupun begini..

Situasi 2

Mr. T: Hai syg...
Cik S: ???
Mr. T: Eh... Hai sya :)
Cik S: Hai :">


Anda rasa wajarkah perkara sebegini berlaku? Jika tidak, apakah cara untuk membanteras ke'typo'an di samping meningkatkan kesopanan dan kesusilaan? Perlukah kita belajar menggunakan bahasa baku? Atau perlukah kita tulis dulu apa yang nak disampaikan atas kertas sebelum menaip. Ala-ala zaman belajar buat rangka karangan? Jangan pura-pura tak tahu sebab semua orang pun buat peta minda ibarat kepulan-kepulan awan yang cantik dalam kelas Bahasa Melayu.

Haruslah! =))
Photobucket

Sunday, May 2, 2010

Exam Oh Exam!

Hari ni first paper, Power System Transients untuk exam yang terakhir dalam hidup. Cewah. Macam dah pandai sangat taknak belajar dah kan. Exam dapur untuk jadi surirumah tak lepas pun lagi? Haha. Jum berusaha untuk 3 lagi paper. Weekend ni 2 paper. Huu. Cuaknye. Mampukah saya? ~_~
Yakin boleh! Kalau tak, macam mana nak dapat Anugerah Chancellor nanti kan? Cewah. Jangan kau mimpi! Haha. Padahal tak pernah ambik tahu pun siapa Chancellor UM. Durhaka punya student.Jum tanya kat Mr. Google..

Oh btw, kecewa bila dapat message ni..

"syahirah..minta maaf byk2 ye..CM19 tu da habis..akak baru je diberitahu..akak tersilap check..adik,akak refund balik duit tu ye.." - kakak Anggun

Huu.. Sedihnya sebab kain kebaya yang berjaya mencuri hatiku dah sold out. Terus rasa down serta-merta! Hilang semangat nak study :P
Saya mahu red kebaya. Ada siapa-siapa tahu kat mana ada jual online kebaya yang chantek dan berpatutan? :D
Photobucket