Sunday, April 29, 2012

Supervisi Oh Supervisi

SV Cik Syahirah adalah seorang yang sangat dedikasi dan komited dengan tugas beliau. After office hour, @5.20pm pun beliau masih bersemangat untuk mengecheck aktiviti student beliau, iaitu Cik Syahirah. Memang sedap dapat panggilan hangit petang-petang macam ni. Takpelah. Bersyukurlah jadi insan terpilih kan =))

Bukan nak mengutuk. Tapi menyatakan rasa kagum dengan beliau. Almaklumlah semangat+jiwa yang besar lecturer-lecturer muda ni. Semoga Cik Syahirah dapat menyerap semangat +ve yang ditonjolkan oleh SV beliau juga. Amin~

Dan secara jujurnya..rasa agak kurang selesa kerja dengan SV baru ni. 1 sebab umur dia tak jauh beza pun dengan Cik Syahirah. Around 28-29 macam tu je. Dan beliau seorang Encik. Tipulah kalau rasa macam tak pelik kan kalau dapat SV yang agak muda belia. Haha :P

Yang ke 2 sebab beliau tak pernah ajar any subject untuk batch kami. So tak dapat nak agak expectation dia kat student tu macam mana. Asyik dengar rumors tak elok je drpd junior-junior. Tu yang macam tak sedap sikit. Besa la manusia mudah terpengaruh dengan cakap-cakap orang =))

3rd pulak sebab research area dia macam tak berapa nak relate dengan project ni. So kena combine sikit tajuk dalam area dia, separuh tajuk dalam area SV sorang lagi. Terasa macam.. eh kat mana nak mula ni?? Haa. Dilema!


So penyelesaiannya? Tengah berkira-kira nak pi kursus dengan memember awal bulan depan. Kursus pasal..



Amekaw! Haha. Bukan nak mengorat dia okay. Kursus pasal intro research je pun. Tapi masuk sekali la tajuk ni.

Friday, April 13, 2012

FEA

Ada sesapa yang terer Finite Element analysis? Cik Syahirah memerlukan pertolongan untuk guide serba sedikit sebab tak pernah involve dengan benda ni. Urgent! Kalau nak charge pun takpe. Asalkan dapat sorang cikgu. Kalau tak dapat cikgu pun, boleh tolong suggest any book/reference? Tqvm :)

p/s: nak guna COMSOL Multiphysics

Etika Seorang Penyelidik

Tajuk nak cambest je. Haha. Class research method last week, Prof H ada la bagi sesikit tips pasal macam mana nak jadi a good researcher. Tak rasa pulak macam researcher. Rasa macam ala-ala student undergrad lagi sebab asik nak jumpa SV je mengadu segala caca merba. Hari tu ada bagitau SV pasal comment Prof H dalam class pasal tajuk research. Dan akibatnya SV hamba murka lalu menyatakan hasrat baginda untuk menyerang Prof H. Hahaha =))

Bukanlah niat nak bagi SV murka tapi dah tu requirement nak pass subject ni. Nak taknak kena la discuss balik apa yang tak sesuai. Kalau tak nanti sesia je proposal kena campak time proposal defense. Tapi layan je la kalau SV cakap dia lagi tau apa yang dia buat. Jangan banyak bunyi banyak soal ok? =))

Ok berbalik pada topik asal etika researcher ni kan. Dalam class tu banyak la tips yang Prof H bagi termasuk la tips macam mana nak stay motivated sepanjang anda conduct research tu kan. 2 tips yang paling menarik la dia pesan

1- stay focused, share frustration with your friends 
- maksud dia tak payah la nak bermuram durja sangat kalau simulation tu keluaq 100 errors pun. cari kawan, paksa dia dengaq problem kita. dah setel sharing session bulih la keluaq pi mid valley tengok muvi

2- maintain at least 8 productive hours during weekdays
- ni yang paling penting la. kena consistent. Prof H cakap no weekends, no 8 to 5 work days. maksudnya? dia cakap waktu makan, jalan, driving, tidoq walhal b***k sekalipun wajib pikiaq pasai research! wajib lupakan aktiviti dating jugak. ehhhh?

Ok. Sekarang dah mula terasa kehampaan itu sebab banyak gila benda yang dah lama plan tapi tak terbuat pun. Termasukla memperabihkan voucher buku -_-"




Proh-kras-tuh-ney-shuhn?


Consider quitting PhD? 


Your head la =))


Monday, March 26, 2012

Hachi!

Introducing our new family member.. Tadaaa~~


Miow jantan berusia 3 bulan yang dikutip entah dari mana..
Sebenarnya dia yang ikut ayah balik rumah dari kedai..
Asalnya nak bagi kat jiran sebelah rumah ambik jadi anak angkat..
Tapi memandangkan kami dah train dia jadi buas..
Tambahan pulak bagi kudapan Royal Canin uols..
Harapan lah nak bagi kat orang kan..
Haha =))
Kensel lah!
Mak cakap kucing kampung nak bagi makan nasik dengan ikan je..
Tapi kami jadi durhaka sikit nak jugak bagi dia makanan sama macam Pretty..
Kesian tau!
Oh ye..
Chiko nama beliau..
Dipilih khas oleh Cik Syahirah..
Atas sebab..
Beliau menangis teresak-esak masa tengok movie Hachiko dulu..
Soft-hearted kan I??
Haha =))

Sunday, March 11, 2012

Susah Ke Senang?


Letih tunggu dekat nak sepurnama bulan baru dapat result. Alhamdulillah application berjaya walaupun ada sikit problem dalam meeting. Final CGPA tak di'publish' kata mereka. Ceit. Tapi rasa macam yay yang tak berapa nak yay la T_T 

Tadi duk godek-godek blog orang lain yang ada experience pasal permanent head damage ni. Banyak la mitos hiperbola hipotesis yang dorang cakap. Tetiba rasa hati ni 50-50 balik. Ades. Orang cakap kalau nak buat, hati kena betul-betul tekad. Semangat kena tinggi. Yang paling penting dah cukup bersedia. Cukup semua syarat ke Cik Syahirah ni? T_T

Awal-awal lagi dah lemah semangat bila dapat tau kena attend class tiap-tiap sabtu okay. 10am straight sampai 5pm. Arghh. Macam tak nampak benda yang nak motivate langsung nak start ni. Tapi boleh la motivate sikit kot sebab student baru agak bernasib baik jugak la dapat voucher buku 200 tu kan. 3 minggu lagi nak expired -_-"


Nak tarik balik application pun dah terlambat dek non oii. Dah bayor fees tu nak korek mintak balik ke? Haha. Issokay. +ve ye Cik Syahirah. Ni baru wat local ni belum pi oversea lagi dah nak patah semangat. Piiirahhh. Ala tak susah pun.. Macam buat exercise maths darjah 6 je kot =))

So gud luck la untuk diri sendiri. Isk3. Ingat lagi pesan Cikgu Noraini, tiche Kimia kat  Matjiwa dulu. Selalu dia pesan.. 'Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.' I luv u tiche walaupun I paling benci subjek Kimia kat sekolah dulu =))


p/s: doakan saya :)

Monday, February 20, 2012

Kenangan Manis Kau dan Aku

Tadi sebuk punggah sijil lama tetiba jumpa benda yang agak menarik. Sampai tergelak sorang-sorang kot. Haha =))


Sijil tadika!


Tetiba jugak rasa macam ala-ala comey pulak kecik-kecik dulu. Haha. Sekarang comey lagi dak?? Gelak guling di atas lantai (rolling on the floor laughing?) =))

Tuesday, January 10, 2012

2012


Benda yang agak pelik terselit dalam paper Mingguan edisi minggu lepas kot. Mungkin Tok Guru nak motivate semua orang buat azam baru jadi lebih kaya? Duit dijamin berkepuk-kepuk serta-merta kalau pi jumpa Tok Guru ni. Haih. Menyesatkan.. -_-"

Btw, untuk permulaan tahun 2012 ni, secara rasminya Cik Syahirah telah berjaya menjadi seorang penganggur yang bertauliah selama 3 bulan. Monthly allowance pun mai dari ayah lagi. Ades. Pencapaian yang memberangsangkan. Orang lain sebuk counting days nak nimang anak la, nak buat masjid la, nak beli handbag Gucci la, nak semua bagai. Kamu Syahirah? Sebuk tambah berat badan..

Bukan taknak ke depan. Bukan tak teringin semua tu. Sobs3. Tak sampai masa lagi kot.. So tolong la Cik UM tercinta. Jangan racist sangat. Grr. Saya sedar saya tak se-excellent students bright sparks tu. Kalau taknak bagi 3k bright sparks tu pun, tolong la proses cepat sikit application masuk tadika saya tu. Tapi.. saya tak kira saya nak jugak 3k tu sebab saya ni memang mata duitan! Peduli apa saya. Zaman sekarang ni kalau tak ado duit, apo pun tak boleh! Jangan sampai saya berhenti berharap, pi jumpa Tok Guru tu sebab frust tau. Eee -_-"


SYAHIRAH = $_$