Friday, July 30, 2010

Me Happy! ツ

Yay! Alhamdulillah. Setelah bertungkus-lumus turun naik merangkak panjat segala bagai tangga fakulti, (lif yang panjatkan) tak sia-sia semangat bangun awal hari ni pi melawat Encik Supervisor. Keterujaan menggodek dan membodek problem iteration yang ditugaskan selama hampir 4 minggu akhirnya menghasilkan output yang memuaskan Encik Supervisor. Bunyi macam 'loser' kan buat masters tapi macam siput lagi nak iterate =))
Fuh lega bila Encik Supervisor membuka bicara tentang tajuk rasmi tadi. Cewah. Lemah semangat tau sebulan lebih dah tunggu tak dapat jugak tajuknya.

Analysis of Arrester Energy for 132kV Transmission Line for Stroke to Phase Conductor at Tower, with Ground Wires

Ehh. Jum tengok macam mana rupa lightning arrester ni...

Cincai la ni lebih kurang

High voltage punya application. Jangan tertipu dengan tajuk ni yang kunun-kunun gempak :P Project requirements semestinya wajib ada 1 main program + GUI. Untuk program lega sikit sebab just kena guna C language. Tak payah susah-susah ambik masa nak belek software baru ATP ^_^. Oh tapi untuk user interface nak taknak kena jugak VB. Sapa hebat guna VB nak upah meh la tolong :P

Ada lebih kurang 4 bulan lebih lagi semester ni. Tolak makan+minum+mandi+tidur+berangan tinggal la dalam 3 bulan je. Sempat ke tak? =))

Ehh. Jum tengok Encik Supervisor yang kacak digembar-gemburkan...

Korang pilih la mana yang korang suka? =))
Photobucket

Tuesday, July 20, 2010

Family Otim :)

Ayah: Hari ni nak makan apa? Nasik? Fast food? Bla bla bla..
Anak I: Ayah nak bawak kat mana?
Ayah: Tengokla area Shah Alam ka. Dekat-dekat sini la..
Anak II: Ayah ni tak boring ka tiap-tiap minggu pi Shah Alam. Bukan best pon!
Ayah: Dah tu nak pi mana. Shah Alam ok apa. Tak busy. KL ni weekend confirm jalan jem..
Anak III: Kalau pi Shah Alam takmau la. Jom balik makan kat rumah la.

Ayah letih anak-anak tak reti bersyukur asyik nak mengomel. Ni la hasilnya..


Haha. Ayam Penyet Sunway pun jadi la kan better dari Shah Alam! :P


Okay minggu yang seterusnya pulak jadi 'tour guide' Makndak. Mai jauh dari Penang nun semata-mata nak shopping kat KL? Macamla kat Penang tak wujud tempat shopping kan?Haha. Sori Makndak. Penat woo tengok orang shopping sebab Cik Syahirah tak boleh membeli -_-" 1st time bayar parking kat belakang jalan TAR tu sampai RM15. Dekat 7 jam jugak la XD Tapi best sebab dapat kapowww (pow) + makan sedap. Oh. Sempat jugak shopping 3 bijik tudung raya untuk diri sendiri :P

Photobucket

Jalan-Jalan Cari Pasal

Senyum lebor kalau hari-hari cuti macam ni. Makan tidur jalan-jalan. Drop study. Kerja? Taknak jugak la. Senang cakap~ XD

Photobucket

Tahniah Lagi

Selamat pengantin baru untuk Kak Bai@Baizura & pasangan tanpa nama. Makan kenduri orang tapi tak ingat nama pengantin -_-" Semoga berbahagia sampai ke anak cucu cicit. Eceh. Ucapan typical untuk orang baru kahwin kan :P Oh ye. Kak Bai ni engineer time intern dulu merangkap 2nd SV. Best. Time kenduri macam ni la nak jumpa kawan-kawan lama balik kan? Jemputan lain bakal menyusul tak lama lagi. Cik Syahirah? Don't ask I'll bite :D

Ada tasik kat belakang tu :D

Photobucket

Wednesday, July 14, 2010

Anugerah

Oho. Ini award from Dr Amy. Tenkiu cik dokter :P


1. Anda mesti memberi pujian kepada pemberi 'award' ini.

Aiseyman. Lemah la bab-bab puji ni. Kang terkutuk plak kan payah XD Haha~ Gurau je. Meh-meh tengok yang menarik tertarik pasal Cik Amy ni..

- One of my best friends dari kecik sampai la besor. Nama pun best friend ofkos la sangat-sangat baik kan? :D
- Budak bijak ni. Memang tip top lah dari zaman tadika dulu XD
- Okay Cik Amy ni jugak 'berkening' cun tersusun elok je. I like. Seriously lawa. Tak percaya pi duduk depan muka dia lepas tu belek la lama-lama :P
- Terer jugak part melalak menyanyi nih. She has a pretty good voice. Senang cakap ada bakat la :P
- Rasanya pandai jugak bawak diri. Keep it short n simple. Pandai bergaul.
- A good listener jugak. Any prob sila la call dia XD

Kesimpulannya Amy Suzanna Annuar is a sweet friend of mine :D

2. Sila beri 'award' kepada 10 bloggers yang lain

- Zarul
- Aimi
- Tim
- Paan
- Saleh
- Sanna

6 cukup la eh?

3. Anda mesti beritahu kepada 10 bloggers ini

Kalau diorang baca silakan. Malu la nak berterus-terang :">

4. Bagaimana anda boleh digelar 'blog' yang 'Best and Great'?

Tak best pun. Sendiri baca pun rasa bosan kot XD
Photobucket

Monday, July 5, 2010

Selamat Hari Tua!

Happy 23rd birthday to Encik Mohd Zarulsyafiq Mustafa. Ejaan betul ke tak ni? Haha. I may not be by your side celebrating this special day with you. Sabar ye. See you next week. Tuesday je kan? I owe you something eh?? :P


Happy Birthday Love! :)


p/s: this picture cute one aa.. u put mine buruk one aa.. you aa.. very d cruel boy :P
Photobucket

Friday, July 2, 2010

Thesis Oh Thesis

Kenapa perlu wujudnya perkataan final year project, thesis, dissertation, projek semester akhir, projek sarjana. Perlu ke? Perlu ke? Eee. Ni la benda yang paling tak digemari bila sampai part akhir nak pulun. Sapa suka benda-benda alah ni sila angkat tangan. Saya sedia menanggung segala jenis perbelanjaan hidup anda asalkan anda siapkan thesis saya dengan syarat dapat 4.0 lah. Ni bukan skim anak ikan ok? XD

Dan tajuk yang bertuah untuk Cik Syahirah semester ni berbunyi...

"Line Arrester Energy Discharge"

Woot! Tapi tajuk ni belum lagi dikecikkan skop beliau. Lagipun tak study pun lagi isi perut tajuk ni. Sedap bunyi tapi belum tentu kenyang bila kunyah kan. SV bagi tajuk, harung je la onak badai ranjau berduri bagai. Projek nak hebat, kunun gagah la ni pasal lightning failure. Padahal guruh bunyi baru manja-manja je dah terlompat-lompat, jerit macam beruk histeria. Sigh -_-"

Sabarlah hati. Kalau nak kahwin cepat, sila rajinkan diri dari hari ni jugak. Nak ikutkan speed kamu ni, lagi laju siput babi lari. Gerak la laju sikit. At least laju macam kongkang pun dah mantap. Please ask Mr Gugel what is kongkang -_-"

Akhir kata, selamat berhujung minggu..

"Thesis cantik macam bunga raya"


Gambar hiasan: Bunga raya
Photobucket

Thursday, July 1, 2010

5ve!


Baby & Mama :)


Furby says~

Kah-May-May-U-Nye!
Photobucket