Tuesday, July 21, 2009

Fasa Baru Kehidupan

Fasa baru kehidupan? Kawin? Ops~ Tak boleh langkah bendul. Hehe.. Melangkah ke alam baru setelah bergelar graduan. Haha. Macam tak sesuai je. Terkenang zaman remaja kat UTP dulu, kalau ada kelas cancel, lecturer ada 'emergency call'.. masing-masing bersorak keriangan sambil mengucapkan rasa syukur tak terhingga. Jumaat tak sah kalau tak hibernasi sampai tengah hari. Itu normal la kan.



Sekarang ni, hujung minggu baru nak terkedek-kedek masuk kelas. 2 hari seminggu. Nampak macam menarik tapi penat tak terkata. Pulangkan hujung minggu saya~ Agak 'berat' kalau nak dibandingkan dengan degree. Awal-awal masuk dah dapat assignment, project. Fuh fuh berpeluh jugak la masuk kelas. Degree jugak paling enjoy. Minggu awal-awal lepak lagi di bawah tahap kesedaran. Haish~ Classmate pulak ramai yang tua-tua, dah kerja banyak pengalaman, foreigners, suami/isteri orang. Ada sedikit kejutan budaya di situ. Tak dapat la ber'skendel' lagi. Haha! Ops. Ini gurauan igauan sahaja ok ;P

Ada jugak kelebihan. Terus sambung lepas complete degree pun ok. Orang kata macam 'fresh' lagi la tak berkarat ilmu-ilmu time degree dulu. Ada la rasa excited bila belajar balik subjek Power Systems, Electrical Machines. Macam pakcik-pakcik yg agak berusia, mungkin susah sikit kot nak recall balik undergrad punya knowledge. Walaupun semua dari background yang berbeza, semuanya kelakar, friendly sungguh.

Tapi apa pun, UTP tetap di hati. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bercinta. Ops. Bermain. Hehe. Saya sayang UTP dan orang-orangnya sekali. Pahit manis semua ada kat sini ;P



Yang penting, tak boleh nak regret lagi. Kamu sudah dewasa dan harus belajar terima hakikat. :)
Photobucket

4 comments:

  1. ah...xde2..dak um xleh ngaku dak utp ek...haha

    ReplyDelete
  2. eleh tak kesah la..
    um lg byk monyet dr utp..
    lg menarik..
    haha

    ReplyDelete
  3. weeee..nti dtg time convo,tdo bilik ak tau kaksya~~
    meh2 merase nek tgkat 5 meh~~
    ^_^

    ReplyDelete
  4. sib bek kt um.kalau g utm tatau la cemane :P

    ReplyDelete