Monday, December 7, 2009

Cerita Dah Basi.. Tolong Jangan Baca

Post basi kali ni bersempena sambutan hari raya Aidiladha tahun ni. Walaupun dah dekat 2 minggu raya haji habis, semangat lagi ni nak cerita kisah balik kampung -_-"
So, kita mulakan dari hari pertama journey balik kampung sampai hari terakhir..

Rabu, 25/11/09 - Ini perkara normal bila tiba hari nak balik kampung. Bangun awal daripada biasa. 6.15am kot. Tak sempat mak nak jerit-jerit suruh bangun pagi. Plan nak gerak awal pagi. Tapi terpaksa ditunda ke petang sebab ada viva dengan Dr. Hazlie @11am. So sempat la bercanda bersuka ria pusing tawaf satu rumah sementara nak tunggu pi UM tu. Tup tup dapatla pulak sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada classmate a.k.a kak wani @9.10am yang lebih kurang berbunyi.. "dik.. dr kata dia ada hal kul 11. kita interview kul 10am ok?" Zzz~ Confirm la tak sempat. Tapi gagahkan diri jugak sebab kampung dah lambai-lambai tu. Mandi 5 minit cukup? Busuk kot. Halal je la. Haha. Siap-siap pastu trus vroom secara menggila ke UM. Sapa kata Syahirah bawak kereta lembab? Lol. Separuh jalan baru perasan. Nak viva tapi pakai tshirt UTP+jeans+sliper? Bijak budak ni -_-". Tapi Alhamdulillah semua selamat. Selamat sampai selamat jugak viva. So gerak la balik kampung @3pm :)
Balik berdua dengan mak je. Atiqah dengan Aliah balik awal, ikut ayah balik Taiping. N big sis, Kak Ila macam biasa. She refused to go back la. Dah jadi orang bandar la gamaknya. Haha~
@6pm selamat sampai kat R&R Gunung Semanggul. Oh ye. Saya sebut pasal hentian Bukit Merah instead of hentian Gunung Semanggul kat encik buah hati. Tak semena-mena dia ingat saya nak bercuti mandi-manda kat Bukit Merah Laketown. Haha funny :D Dari situ kami konvoi balik Sg Dua dengan ayah. Kerana jam yang agak teruk kat Seberang Perai kot, @830pm baru terkedek-kedek sampai. Kepulangan kami diserikan dengan buah nangka yang bulat lagi lazat. Makan sampai kembung. Ayah pulak ajak dinner sebab nangka tu macam tak dapat menampung saiz perut kami semua. Ayuh kita ke Kepala Batas untuk program Jalan-Jalan Cari Makan. Destinasi yang dituju kali ni cabuk je, takla semewah restoran yang Maria Tunku Sabri bawak tu. Makan kat J.Crust Pizza. Sedap dan berbaloi-baloi. Apple Kasturi Smoothies sangat nyaman. Rasanya kalau letak J.Crust ni kat sebelah Pizza Hut, confirm tutup kedai. Hoho. Mai la Penang. Nanti cek belanja pizza, tapi bayaq sniri la noo :P
Dah muncit so let's have a good sleep!



Mango Smoothies! XD

Khamis, 26/11/09 - Kepenatan. Bangun yang agak lambat. Sebelum balik kampung lagi kami dah plan nak serbu tengok New Moon. Esok nak raya maka hari ni kami pulun buat ketupat kat Sunway Carnival Mall -_-". @1045am bermula la aktiviti meronda-ronda di sekitar Seberang Perai. Saya bertindak sebagai driver kepada puan-puan besar yang berkenaan (Mak Ndak+Aliah). Siska a.k.a Atiqah tak join ekspidisi kami sebab dia sibuk berdating cari lembu korban sampai ke pulau. Jejak je kaki kat mall tu macam biasa la kami pi perabih duit kat tiket wayang. Sementara nak tunggu movie start, window shopping dulu. Semenjak-menjak bergelar posgraduasi ni poket kering, kedekut nak spend beli barang. Atas ihsan Mak Ndak, dapatla sebijik chipmunk untuk hiasan si oren (sila rujuk gambar di bawah). @12pm movie start. Kami mengalami situasi yang agak pelik. Hari ini dalam sejarah hidup saya bila buat pertama kalinya GSC salah tunjuk movie. Kami agak berang bila pakcik tua Christmas Carol yang menjelma, tak handsome pun macam vampire? Haha. Disebabkan kerosakan teknikal tu, kami terpaksa berpindah ke hall lain secara berjemaah. Zzz~ Spoil sudah mood penonton. Tak cukup dengan tu, tengah syok layan Jacob berdrama dengan Bella, tiba-tiba skrin jadi putih pulak. Lol. Dengan itu kami terpaksa berborak-borak 15 minit sampai hall tu jadi macam pasar. Bila movie dah start balik, penonton melalak sebab pihak yang berkenaan macam dah skip banyak part. Rugi duit kami 9 ringgit woi. Taubat takmau dah jejak GSC Sunway Carnival -_-" Nasib baik ada Edward Cullen ♥ pengubat hati XD Lepas movie cari makanan lagi, shopping barang dapur dan kemudian pulang untuk memasak juadah esok hari~


Ni baby chipmunk sebab tu ada 2 gigi je :P


Movie ni memang tak best ke GSC tu yang tak best eh?

Jumaat, 27/11/09 - Awal pagi lagi dah dengar takbir raya. Maknanya? Kena pi sembahyang raya la kan? Salam mintak ampun kat mak ayah. Mintak maaf kat orang yang kita buat salah je. Susah-susah kita kumpul semua sampai raya puasa tahun depan je la. Haha. Tak baik tau adik-adik XD Lepas tu tunggu makanan siap dimasak. Saya tetamu jauh so tak boleh la tumpang masak kan. Bila makanan terhidang, masa untuk membaham! Menu raya kali ni spaghetti apa nama entah kuah warna krim, bebola ketam+sotong ketupat pulut, rendang ayam, gulai daging, ketupat nasi, kuih-kuih. Nyummy. Oh tak dilupakan kuih paling unik. Idham, cousin saya bagi nama 'bingka cheese' atau nama glamournya 'cheese cake'. Ini biasa terjadi bila kek buatan insan yang berkenaan terlebih sempurna sifatnya. Paling exclusive raya tahun ni :P Selesai makan seisi keluarga keluar beraya ke rumah jiran. Saya? Seperti biasa jadi penunggu rumah la kan. Perut kenyang suka hati. Maka saya mencari port yang paling sesuai untuk melakar peta Malaysia. Haha. 2 jam beradu, ada pulak seruan rezeki datang lagi. Celebrate birthday Mak Ndak+Sarah pulak! Mak Ndak yang ke berapa entah, Sarah yang ke 20. Ada birthday confirm la ada kek kan. Tapi agak pelik sebab kek tu dibeli sendiri oleh orang berkenaan yang akan menyambut birthdaynya. Haha. Layankan aje. Tak banyak aktiviti hari ni, just beramah-mesra dengan saudara je :)
Malam hari aktiviti wajib family bila balik kampung. Jalan-jalan hentam char kuay tiow. Ejaan tak penting asalkan makanan yang sama :P Pusing segenap alam nak cari gerai yang best. Terlupa la pulak kan tokei char kuay tiow pun korban lembu jugak. Zzz. Berkobar-kobar kami nak makan sebab char kuay tiow kat KL dengan Selangor confirm tak best! Setakat ni makan ada yang rasa belacan, perisa tambahan arang dsb. -_-" Penang jugak terbaek~ Berpeluh-peluh cari akhirnya saya bantai 2 pinggan char kuay tiow malam tu. Pencapaian yang agak memberangsangkan bukan? :P


Gambar hiasan char kuay tiow. Tapi kenapa ni versi tak berkuah?

Sabtu, 28//11/09 - Hari ni dah nak bertolak pulang. Sebelum tu aktiviti terakhir kami 'tangkap-tangkap ayam'. Jakun kan anak-anak pakcik Halim tak pernah tengok ayam kot. Percaya atau tidak? Haha. Dah-dah jum balik. @1030am kami konvoi balik umah. Oh ye. Balik Sabtu sebab Atiqah nak belajar bawak kereta esoknya. Alhamdulillah la dah pass pun. Hehe. Lagipun nak elakkan jam so taknak la balik last day cuti, Ahad. On the way balik singgah sekejap kat Cangkat Jering mahu memburu durian+langsat. @330pm selamat tiba di Saujana Utama. Saya seperti biasa terbongkang sampai ke maghrib kot. Haih buruknya perangai -_-" Penat sangat tak sempat buat apa pun. Bangun tidur terus siap keluar dinner. Orang Klate raya haji sakan maka banyak kedai yang gelap. Betul ke raya sakan? Terpaksa jugak jejak kaki first time kat Bangi Kopitiam Sg Buloh. Hmmph. Makanan biasa je. Saya order Dolly Noodle with Sausage, Egg and Vege sebab nama dia macam glamour. Tapi rasa sama macam maggi sup . Cukupla sekadar nak alas perut. Badan rasa lesu, tapi gagahkan diri singgah rumah Teh kat Damansara sebab ayah nak bagi buah. Nikmatnya bila sampai rumah.Nampak tilam+bantal busuk tapi rasa sangat empuk, bum sampai esok pagi~ :)


Babai ayam. Kami balik dulu ye :)


Bangi Kopitiam; good ambience?

Photobucket

3 comments:

  1. "sapa kata Syahirah bawak kereta lembab?"...
    ops~~
    haha...

    ReplyDelete
  2. fuh! bejaye gak abiskn bace bedtime story nih.haha.lebih pjg drpd biasa.tu la, pi bukit merah mandi-manda tak ajak~ :P

    ReplyDelete
  3. saje wat bedtime story.. sbb tanak kasik org bace.. haha~ jum bukit merah :P

    ReplyDelete