Monday, October 4, 2010

Pantang Larang


Amaran: Sila baca dengan tertib dan teliti

Pantang Larang Melayu Lama ke Atas LELAKI

  • Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
  • Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
  • Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
  • Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
  • Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
  • Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Melayu Lama ke Atas PEREMPUAN

  • Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
  • Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
  • Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
  • Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
  • Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
  • Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
  • Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
  • Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
  • Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
  • Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
  • Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
  • Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
  • Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
  • Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
  • Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.

Pantang larang untuk orang perempuan mostly pasal kawin-kawin je nih. Haha. Tapi kan, kalau la orang lelaki yang sapu nasik waktu malam, pendek rezeki jugak ke? Ke makin murah rezeki? Tak pun kalau orang lelaki yang suka makan tengkuk @ leher ayam. Tak teleng pulak eh waktu sanding nanti? XD

Mungkin la petua orang dolu-dolu ni tujuan dia nak mendisiplinkan anak-anak je kot. Asal sesuai dengan keadaan, tak memudaratkan sila la ikut eh :D

Haa.. Jum jawab kuiz lagi. Kali ni jawapan tak perlu fakta ok. Kenapa eh pantang larang untuk cik dua kali ganda lagi banyak daripada encik? Meh-meh jawab :P


Photobucket

2 comments:

  1. cik dpt dr mane ni..tah2 ade byk lg tuk laki.ade jgk petua/pantang larang org dlu2 sbnrnye utk jaga kepentingan diri mereka sniri.cthnye "jgn mkn bontot ayam nnti mulut tak reti diam".pastu die pn ckp dlm ati "yes, dpt la aku kebas sume bontot ayam! muahahaha" renung2kn dan selamat beramal! haha =P

    ReplyDelete
  2. mkn bontot ayam? mcm kena je ngan org yg komen tu. sbb die kuat potpet. renung2kan dan selamat beramal~ haha :P

    ReplyDelete