Wednesday, March 23, 2011

Info Trafik

Ini merupakan satu lagi update basi yang dah disimpan berkurun-kurun malahan berkepam-kepam lamanya. Aktiviti cuti sekolah yang lepas. Kanak-kanak sekolah? Hari-hari pun cuti daa..

Alkisahnya Cik Syahirah dan rakan sekuliah, Cik Fazira balik kampung tanam jagung attend kenduri Puan Sarah. Chinese New Year hari tu nikah je. Ni baru majlis kesyukuran. Plan nak serbu kenduri belah perempuan je kat Pendang. Tapi entah kaki gatal sangat nak jalan sampai nun ke Sik rumah pengantin lelaki. Jakun first time sampai Sik. Eksaited ni google map cari Sik tu kat mana. Patut la nampak sign bomoh siam, kedai tomyam siam bagai. Rupanya dekat jugak dengan sempadan. Walhal anak kelahiran Kedah. Buat malu kaum kan :">

Gerak Sabtu petang, Ahad malam dah sampai Sungai Buloh. Oyen memang jalan jauh sungguh kali ni. Sungai Buloh > Sungai Petani > Pendang > Sik > Alor Setar > Sungai Dua > Sungai Buloh. Banyak tak sungai? Haha. Oh ye. Sungai Petani tu tempat kami stay malam Sabtu. Aloq Setaq tu pulak kami minum milo gossip dengan member Cik Fazira. N Sungai Dua tu semestinya kampung halaman I la. Mai la singgah makan char kuay tiow telur dibasuh dengan mee udang dulu. Haha. Ini tipu. Kami diet, tak makan pun XD

Tengok gambaq sat :D


Singgahsana kat Sungai Petani. Last min booking, tempat lain penuh. Baru tau kewujudan hotel ni. Not bad puas hati dengan harga berpatutan. Ada Al-Quran, telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat. Interior design pun cantik macam ala-ala timur tengah sikit. Like! :D


Sempat lagi menyemak kat butik pengantin tempat Sarah mekap. Hihi. Teringin nak jadi mak andam ke? :D


Ha. Ni Cik Fazira orang penting merangkap official photog untuk Puan Sarah. Besaq kan camera dia. Patah tulang cheq angkat :D


Sebelum: Boyish XD


Selepas: Gadis ayu :P


Ini twin Puan Sarah. Sama tapi tak serupa a.k.a kembar tak berapa nak seiras :D


First time ni masuk kebun getah! Kunun-kunun outdoor session. Tiga serangkai, sekuntum dah dipetik kumbang. Dua lg available. Meh isi borang XD



Selamat pengantin baru untuk Sarah n husband. Semoga berbahagia sampai ke syurga~ :)

Tak sabaq tunggu dia balik from hanimun. Cuak sebab nak kena assist student UTEM yang anonymous (taktau nama apa) buat fyp. Adehla. Ilmu ku yang cetek + tak mantap ini mampukah memuaskan hati insan tersebut berserta SV beliau. Sobs3. Kalau ada Puan Sarah boleh ajak dia sekali goreng pasal projek tu :(
You know Cik Syahirah kan. Dengan orang yang tak berapa kenal kurang mesra alam sikit. Lagi la kalau nak blind date jumpa anonymous muka ke muka diskas itu ini bla bla bla. Terkedu terkesima nyah. Harap-harap la dia...














'Kachak'



*Muka miang* Haha! Just kidding :P


Semoga semuanya O.K! Doa banyak-banyak :D

No comments:

Post a Comment