Sejak dari kecik lagi, saya selalu tertanya-tanya. Kenapa teletubbies hijau ni lagi gelap (kulit) kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik dia yang lain? (sila rujuk gambar di atas) Tolong jawab. Sampai hari ni tak terungkai lagi. Haha. Sedikit keanak-anakan di situ. Teringat balik zaman teletubbies tengah 'hot'. Kalau tak silap zaman kegemilangan teletubbies time form 1. Sebelum naik bas antik Ah Sou (aunty) nak pergi sekolah wajib menempek depan tv layan teletubbies dulu. Tinky Winky! Dipsy! Lala! Poo~ Kiut! :)

Ok. Next! Kartun favourite yang boleh dilayan bersesuaian dengan semua peringkat umur. Tp still needs parental guidance kot. Hehe. Cow and Chicken. Tak sure kartun ni wujud lagi ke tak sekarang sebab dah lama tak layan. Watak utama kartun ni of course Cow, Chicken dengan monster nama Red Guy. Ada unsur-unsur keganasan sikit dalam kartun ni. Tapi layan je sebab dia lawak~ Cow and Chicken intro
Next favourite cartoon. Semestinya extremely violent! Happy Tree Friends. Series ni rasanya tak lepas nak tayang kat tv Mesia pun. Ganas. Boleh tengok online je sebab dia tak lama pun. Nama pun Mondo Mini Shows so mestila pendek je kan? Theme song pun dah kiut apatah lagi characters. Especially bila dia giggles tu. Comel!
Last sekali Hoops and Yoyo. Sama jugak tak tayang kat tv pun. Hoops and Yoyo ni macam official mascot untuk Hallmark. Ada jugak merchandise, e-cards dan bermacam-macam lagi untuk peminat fanatik. Both characters agak kepoh dan suka bercakap laju. Yang lagi satu kuat menyanyi. Tapi kartun ni ok sikit sebab ada unsur-unsur positif dalam setiap episod.
Tiba-tiba teringat balik zaman muda remaja dulu kan :)


bajet tue sgt la tu..
ReplyDeleteheheh
btw...dipsy mmg org kulit itam...
ReplyDeletehttp://en.wikipedia.org/wiki/Teletubbies#Characters
aik.23 thn ke 3 thn ni cik kak~ haha! usia tua hati muda.takpe =P
ReplyDeletemenci. jeles la tu sebab i lg muda dr u~ :p
ReplyDelete~_~
ReplyDeletehai akak master. knape tu :P
ReplyDeleteish2..
ReplyDelete